| TENTANG KAMI
Perniagaan kami bermula sejak 1997.Pada asalnya urusniaga
hanyalah dari rumah dan kemudiannya memiliki sebuah kedai
yang kecil, tumpuan perniagaan hanyalah kepada menjual barangan-barangan pengantin
dan andaman. kemudian berkembang semakin maju menjadi pembekal kepada
kedai-kedai di sekitar lembah klang dan Nilai 3,
Negeri Sembilan.Pada tahun 2005, Sierra Jaya Enterprise ditubuhkan bagi
melancarkan operasi kami.
Dengan kemajuan teknologi maklumat yang semakin pesat dan perkembangan e-dagang yang semakin meluas,
maka syarikat kami mengambil inisiatif untuk tidak mahu
ketingalan dalam arus teknologi semasa.Laman web www.cenderahati.com.my
di tubuhkan pada pertengahan Ogos 2006 bagi memberi kemudahan kepada pelangan-pelangan
kami menempah cenderahati yang berkualiti bukan sahaja cenderahati perkahwinan malah
cenderahati majlis makan malam, harijadi mahupun door gift,
Dengan wujudnya laman www.cenderahti.com.my ini para pelangan kami dapat
menempah terus dari kami tanpa perlu lagi kedai seterusnya menjimatkan masa dan kos.
Bagi memudahkan urusan, kami juga menyediakan kemudahan transaksi melalui kad kreadit.
Manakala penghantaran pula dijamin akan sampai terus ke rumah anda dalam masa 3-5 hari dan dilakukan melalui currier Pos Malaysia secara percuma.
Para pelangan juga boleh membuat pilihan untuk curier yang bertauliah seperti Skynet,
ABX Express & Pos Ekspres bagi memjimatkan masa penghantaran.
Para pelangan seharusnya menyakini bahawa dengan profil syarikat kami
yang cemerlang, kami mampu menawarkan perkhidmatan perniagaaan internet yang
baik untuk anda dan produk-produk kami dijamin berkualiti dengan harga
yang lebih rendah dari yang berada dipasaran. |